Wednesday 13 February 2013

Surat Cinta-Ibu



                    

Menemui Ibu.

Terima kasih ibu kerana hampir putus nyawa 6 kali melahirkan anak2 ibu. Terima kasih kerana sedia mengorbankan diri demi anak2 ibu.Terima kasih atas pertemuan ibu dan ayah bertahun lama dahulu.Terima kasih atas cinta kalian. Terima kasih kerana redha akan pemergian ayah dahulunya sebelum Ibu. Terima kasih juga kerana merelakan pemergiannya walau pincang langkah ibu saat itu. Terima kasih dengan sekecil kudratmu untuk hidup kami dan ibu. Terima kasih ibu kerana tabah melalui lorong2 sepi disetiap lembar hidupmu. Terima kasih kerana kau mampu berdiri apa adamu.

Terima kasih ibu, mengajarkan kami erti duka dan sengsara. Kalau tidak masakan kami masih teguh sehingga kini. Masih mampu menerima takdir yang pahit benar ditelan. Menerima takdir dan membenarkan mereka yg kejam. Terima kasih ibu, krana mengajarkan kami erti sabar. Mengajar kami erti sebuah kehidupan. Mengajar kami erti pengorbanan. Mengajar kami untuk terus kuat dan tersenyum. Mengajar kami bahagia. Mengajarkan kami cinta pada Yang Maha Kuasa. Mengajar kami percaya pada takdir Allah. Terima kasih kerana menjadi guru kehidupan kami.  :')


Ibu.

Terima kasih ibu, diakhir nyawamu kau masih mampu tersenyum dihadapan kami. Diakhir nyawamu kau masih ingat kami. Terima kasih, menghalalkan setiap apa yang kami ambil dan kami kongsi separuh dari hidup dn jiwa ibu. Terima kasih kerana diakhir nyawamu kau pastikan kami tidak mengalirkan setitis pun air mata supaya jiwa kami terus hidup selepas pemergianmu. Terima kasih untuk darah yang mengalir disetiap sosok kami.

Kerana aku yakin ini. 
''Setelah meninggalnya anak Adam,maka terputuslah segala amalan dan perbuatan baik melainkan 3 perkara sedekah jariah, ilmu dan doa anak2 yang soleh.''


Hanya dengan doa dan kebaikan dari anak2mu didunia ini menjadi penerus cinta dan pahala. Hanya dengan doa mampu kami kirimkan ke Ibu. Hanya dengan itu kami mampu merasakan ibu.
Sehingga saat ini masih juga kami tadah tangan tidak putus2 mengirim doa paling tidak sedekah Fatehah. Inshaallah akan kami lakukan itu. Sampai bertemu semula kita disana kelak. :')


Damailah Ibu disana. Moga diletakkan bersama orang2 beriman dan ditempatkan dalam syurga Allah. Amin Ya Rabb. 


Sekian.

No comments:

Post a Comment