Thursday 28 February 2013

Selamat tinggal Februari







Remember, to give a warm hug to the one next to you, because that is only treasure you can give with your heart and it doesn't cost a cent. 
- George Carlin -








Merah










Kekasihnya ini, kekasih kecewa. Melihat jaka menjauh pergi. 
Gadis rebah menyembah bumi. Hilang kasih berbekas dihati.







Sunday 24 February 2013

Papan Luncur dan Ulang Tahun


Selamat Ulang Tahun.





Nah aku karangkan kau bebelan yg bermakna.


Wahai adikku,

Hidup ini terlalu biasa buat insan malang seperti kita
ada masa kau akan temui sesuatu
dan ada masa juga kau tidak menemui apa-apa.

Tapi, percayalah adikku
Saat kau terjatuh dalam lumpur dan mulai tenggelam
dalam kelemasan ada yang kau temui
meski fizikalmu tampak jijik,kotor,hodoh.

Hidup ini memang sedemikian rupanya.
Teruskan layaranmu adikku.
Meski ombak membelah pantai
Meski ribut datang merenggut
Tuhan ada.

Berteguh imanla.

.........................................................................................................................


Bodohla, aku taip ini pun tengah sedih.
Sebak juga ada. Kau sudah besar.
Sudah boleh mandiri kan?

Selepas sebulan aku pergi menyambung pelajaran di kota orang sini, kau demam tak kebah-kebah.
Sakit tak sudah. Maklum, pertama kalinya terpisah. Jauh pula di negeri orang. Hmmm...

Masih aku ingat, sebelum kau pergi menyambung pelajaran mu di Kota Belud sana,
aku terjelupuk di perantauan hanya menanti panggilan dan pesanan-peasanan ringkas.
Kau kalut dengan soalan-soalan remeh.

''Baju kemeja apa mau dibawak, berapa?''
''Cak kau kastau bha apa lagi mau dibawak ni??aku mana tau..''
''Seluar slack kan pakai pigi kelas???''
''Bolehka juga tu pakai baju T jak??''
''kasut aku bawak dua ja..kasut skate jak ni..ndak apa ka pakai pigi kelas?''

blablablablabla...

Macam2..walaupun mak cik ada yang urus, tapi tetap tidak akan sama dengan seorang kakak
yang sudah puluhan tahun hidup bersama. Dari pakaian, makan, pokoknya serba serbi kau, aku tahu benar.

Masih juga aku ingat, seminggu selepas minggu suai kenal di Kolej, kita kerap Video Call, Yahoo Messenger, Skype dan ya talipon hampir tiap malam. Kerana sebuah rindu dan menjaga hubungan sesama.
Ada saja yang dibualkan. Top up habis, esok talipon lagi. Tak cukup dengan talipon, sambung video call. Begitulah sepanjang kami terpisah. Sampai sekarang.

Soal hadiah yang kau pesan. Tunggu aku berjawatan dan bergaji besar (konon).
Papan luncur bukan murah. Lagi pula kau terlalu cerewet memilih deck skate.
Maunya yang mahal, jenama, yang up to date. Kualiti katanya selain style.
Cis!


Banyak yang ingin aku luah disini, tapi entah.
Tapi sumpah. Aku sayang gila kau!
Sayang teramat.
Aku rindu hingar bingar kita.
Rindu beteiii..Hisyyy!









Saturday 23 February 2013

Nota Si Insomnia


Masih belum boleh tidur.
Angin seperti mendekap erat tubuh sayur ini.
Meminta cemas membalut tubuh.
Aku cuba berdamai sama jasad sendiri.
Tenang.

Kedengaran di luar hanya bunyi ekzos kereta 
dan bingit motor lumba si rempit.
Sesekali diselang-seli kan gonggongan anjing.
Entah dari ceruk mana nyalakkan itu.
Peduli.

Aku cuba alih pandang,dihadapan apartment ini
(balkoni rumah dari level empat sederhana tinggi)
kelihatan rumah-rumah besar. 
Cukup mewah.
Dihadapan tersusun kereta sport elit. 
Kolam renang. 
Susun atur lanskap.
Cahaya samar-samar disetiapnya.
Indah,memukau setiap anak mata.
Tapi sayang tidak berpenghuni.
Sekadar rumah singgah mungkin.

Aku dongak ke langit.
Bulan kelam.
Bintang mulai muram.
Kanvas malam juga mulai pucat.
Seperti si dewi hilang mesra arjuna.
Seperti arjuna hilang hangat untuk si dewi.

2:43am
Jiwa aku masih berseteru sama celaka.
Menanti detik noktah rasa.
Dan sekarang...menunggu diinjak terik mentari pagi.

Setelah ini,beradu nasib di alam mimpi.
Selamat.





Friday 22 February 2013

Antologi Rasa



Hadir kau membawa pelangi
dan kelibatmu membawa sinar.
Menusuk terus ke kausa jiwaku yang kelam.
Jiwa yang terbungkam sepi sendiri.

Malam itu,
Bulan malu-malu menampakkan wajahnya.
Sembunyi dibalik awan.
Dan kita malu-malu menyatakan hasrat.
Barangkali kenal sesingkat cuma.
Sehari,dua sudah berani bilang cinta.
Walau tidak pada sebuah janji.

Namun disudut hati aku mengata 'ya'
Pada jiwa yang aku berani curi
Biar jasad belum bertemu jasad
Biar mata itu belum ku tentang
Aku cuba selingsing kerumitan
Untuk ku curah kasih saat pertama terima.

Kita cuba ambil cakna antara kita
Memecah dinding asing 
dan membenar rasa masuk perlahan.
Maka dengan ini kita usir sepi rohani.
Kau dan aku cuba.

Malam ini,
Aku simpul rasa itu disini
dan setiapnya aku bingung.
Atau apa perlu aku 
menzahirkan segala rasa?

Saat aku tulis ini aku benar-benar 
melepas sunyi sendiri.
Percayalah ini benar rasa.
Aku sedia melepas ruang kelam 
dirona hati aku yang terperuk 
terbuang tak bernyawa.

Biar jiwa kita saling bicara
tentang makna, tentang cinta
dan kepingan-kepingan dari setiapnya.

Maka izinkanlah cinta ini berlabuh 
di sudut hatimu yang kontang.
Izinkan ia bermukim selama ia bisa.
Akan aku cuba bertahan tentangan 
meneguh pasak di dasar hatimu.







shah alam
22.03.2013
12:00









Thursday 21 February 2013

Silent





If only people know, silent scream is killing me.
Sumpah.Paling jilaka!








Hmmm..sampailah bila..hidup begini..
Haha..tenang..hidup ini bukan duduk menongkat langit.
Dunia dan manusia;kejam.
Hadapi saja.
Haha..


Ahhh,sudah aku paling menyampah bila perasaan-perasaan jilaka ni datang membabi buta.
Diamlah,boleh kau duduk dalam diam2?Atau paling senang,berambus!

keliru



Terima kasih Tuhan untuk nyawa hari ini.


aku manusia gagal dalam hidup.
aku manusia hilang daya untuk percaya.
aku manusia paling binasa dalam jiwa.

aku separa sedar
dalam maya aku paling celaka.
berani melempias aksara-aksara picis
dalam nyata aku diam menghujam jiwa palat.

kerna aku masih mencari jawapan untuk setiap kekusutan.

hmmm...




Tuesday 19 February 2013

Rindu.







Mohon izinkan hamba merayu ibu...
Izinkan hamba merayu ibu...
Bagi penawar hatiku yang bimbang...
Wahai bonda ibu kandungku..


Setangkup doa buat Ibu.


Curhat



11:00 malam, selasa.

Masih bingung dengan hasrat sendiri. 
Mau ke kiri atau ke kanan. 
Mau ke depan atau ke belakang.
Malam ni aku penat. Hidup penuh benci.
Jalan aku lemah. Didada penuh sebak.




Sunday 17 February 2013

Pernah







Pernah juga aku merasa aku ini seperti sampah.
Ditendang sepak dibuang humban dipijak-pijak dikoyak rabak.
Pernah.

Pernah juga sekali aku merasa terhina.
Dibuang tersebar tak bertuan.
Pernah.

Disampahkan manusia-manusia binatang.
Disampahkan manusia-manusia jalang.

Semakin keras aku cuba terima sebuah nasib,
semakin jauh aku dari Tuhan.

Tersingkir dari keadilan.
Manusia-manusia rakus jadi tentangan.

Apa hidup ini memang sedemikian kejadiannya?
Membenarkan untuk sebuah kekejaman buta-buta?

Hmmm...


p/s:entah apa gua carutkan disini.




masihkah kau ingat?





Disini aku lelakiku.
Walaupun lagu ini layaknya untuk sosok wanita,
ada bait yang aku rasa kau perlu rasa.

''Masihkah kau ingat?''





Wednesday 13 February 2013

Konfesi






Terima kasih Tuhan untuk segala rasa akhir-akhir ini.
Walau kuat aku paksa bujuk rayu tiap perasaan...

Pahit.
Perit.
Hitam.
Kelam.
Hilang.
Rabak.
Retak.
Pecah.
Pedih.
Serih.

Akhirnya aku mampu kembali seperti aku yang dulu tapi baru.
Kau mungkin nanti masih sama seperti dulu masa pertama kali kau aku kenal.



Pulau Pangkor.
01:30am
24.November.2012

Surat Cinta-Ibu



                    

Menemui Ibu.

Terima kasih ibu kerana hampir putus nyawa 6 kali melahirkan anak2 ibu. Terima kasih kerana sedia mengorbankan diri demi anak2 ibu.Terima kasih atas pertemuan ibu dan ayah bertahun lama dahulu.Terima kasih atas cinta kalian. Terima kasih kerana redha akan pemergian ayah dahulunya sebelum Ibu. Terima kasih juga kerana merelakan pemergiannya walau pincang langkah ibu saat itu. Terima kasih dengan sekecil kudratmu untuk hidup kami dan ibu. Terima kasih ibu kerana tabah melalui lorong2 sepi disetiap lembar hidupmu. Terima kasih kerana kau mampu berdiri apa adamu.

Terima kasih ibu, mengajarkan kami erti duka dan sengsara. Kalau tidak masakan kami masih teguh sehingga kini. Masih mampu menerima takdir yang pahit benar ditelan. Menerima takdir dan membenarkan mereka yg kejam. Terima kasih ibu, krana mengajarkan kami erti sabar. Mengajar kami erti sebuah kehidupan. Mengajar kami erti pengorbanan. Mengajar kami untuk terus kuat dan tersenyum. Mengajar kami bahagia. Mengajarkan kami cinta pada Yang Maha Kuasa. Mengajar kami percaya pada takdir Allah. Terima kasih kerana menjadi guru kehidupan kami.  :')


Ibu.

Terima kasih ibu, diakhir nyawamu kau masih mampu tersenyum dihadapan kami. Diakhir nyawamu kau masih ingat kami. Terima kasih, menghalalkan setiap apa yang kami ambil dan kami kongsi separuh dari hidup dn jiwa ibu. Terima kasih kerana diakhir nyawamu kau pastikan kami tidak mengalirkan setitis pun air mata supaya jiwa kami terus hidup selepas pemergianmu. Terima kasih untuk darah yang mengalir disetiap sosok kami.

Kerana aku yakin ini. 
''Setelah meninggalnya anak Adam,maka terputuslah segala amalan dan perbuatan baik melainkan 3 perkara sedekah jariah, ilmu dan doa anak2 yang soleh.''


Hanya dengan doa dan kebaikan dari anak2mu didunia ini menjadi penerus cinta dan pahala. Hanya dengan doa mampu kami kirimkan ke Ibu. Hanya dengan itu kami mampu merasakan ibu.
Sehingga saat ini masih juga kami tadah tangan tidak putus2 mengirim doa paling tidak sedekah Fatehah. Inshaallah akan kami lakukan itu. Sampai bertemu semula kita disana kelak. :')


Damailah Ibu disana. Moga diletakkan bersama orang2 beriman dan ditempatkan dalam syurga Allah. Amin Ya Rabb. 


Sekian.

Tuesday 12 February 2013

Jalang



Aku sudah begitu menderita.
Menderita didada malam.

Aku sudah begitu sakit.

Telah juga aku hulurkan seluruh raga.
Telah juga aku himpunkan segala cinta.
Tapi kau malah menyimbah nista.

Memang keanjingan itu kau punya?
Menjadikan aku perempuan jalang luar dalam.
Penuh dendam.


........................................................................................

Ahh cukup.
Cukup dengan curhat.
Pergi jahanam sama rasa.

Sekian.






Aduhai sepi





Hidup sunyi sepanjang jalan.
Hidup aku sendiri;sepi.
Antara malam dan bintang,aku rindu.

Terkadang,syaitan membisik.
Bikin hati memberontak.

'kau manusia paling malang'

Adakalanya,aku menangkan syaitan.
Rimas juga bila ada yang membisik.
Semacam tidak yakin sama Tuhan.

Mahu.
Aku mau kembali ke masa itu.
Masa dimana kita satu yang padu.
Semuanya.

Sayang.
Tuhan pisahkan kita dari jasad dan ruh.
Sepuluh tahun pemergian.
Deritaku saban waktu.

Ibu,ayah...
Sedetik cuma aku mahu.
Biar linangan ini kalian seka.
Biar hiba ini kalian reda.

Namun perancangan Tuhan lebih indah.
Tak bisa kita duga.
Sebegini payah harus terima.

Sejuta fatihah aku lantunkan.
Moga damai disisi Tuhan.
Amin.








Aku akan terus



 

Aku akan terus hidup dengan rasa yang pernah kau bagi.
Aku akan terus simpan kemas-kemas dalam jiwa aku yang hampir mati.

Dan kau...perlu tahu bahwa aku akan terus dan tetap rasa.
Kau mungkin sudah habis. Sudah berhenti. 
Aku tetap sama. Usah risau. Aku masih sama.

Aku takkan patah. 
Aku takkan layu.
Aku takkan goyah.

Kerna andai satu hari kau muncul dan kembali seperti kau yang dulu,aku akan sambut.



Shah Alam.
10.30pm

Drowning






Makin aku tahan.
Makin deras.
Tahan lagi.
Sebak,sakit.

Airmata meleleh..

Aku cuba tahan. Makin basah pipi.
Basah. Aku lupa aku dalam laut.

Tenggelam sendiri.
Sampan yang aku kemudi rupanya hanyut.



shah alam
1:54am

Rajuk





 Aku punya satu hasrat.
Berlayar.

Aku mungkin akan berlayar ke pulau lain.
Lewat persinggahan lain. Atau kemana saja.
Tapi segala kisah aku dipulau ini tak akan aku lupa.

Kenangan itu akan terus hidup dalam degup jantungku,
akan terus agam dalam arteri2 darahku.

Aku mau terus menyimpannya.
Tiap bicara, tiap kisah dan tiap kasih.

Kerana itulah yang terukir dalam sanubari.
Barangkali itu akan buat aku kuat.




Shah Alam.
1:00 am

Elegi Duka




Entah kenapa dia terlalu kukuh di sanubari ku.
Sehingga mengikat disetiap sisi hatiku begitu ketat.

Melarang aku melepaskan segala kenangan.
Malah meminta aku merakam saat pertemuan dan perpisahan.

Tiada apa yang pasti pada aku kecuali sebuah janji.
Sebuah janji yang tidak mungkin dikotakan.

Tuhan, aku mohon kekuatan jasad dan jiwa.
Hati aku sudah mati sebelum ia sempat hidup.



Shah Alam
12:10am



Mohon Selamat.

Assalamualaikum.

Lebih kurang,berbulan-bulan lamanya aku hilang.Sesat.Sesat dari alam belog sebenarnya.Hehehe
Semenjak dari hari itu, aku memencil diri. Membawa hati. Merajuk tak sudah. Penat.
Berat hati juga sebenarnya memadam memori di belog lama.Tapi harus.Sampai bila hidup dalam kenangan.
Yang dihadapan teruskan jangan berpaling yang sudah berganti.Jangan membabikan diri terperuk sendiri.
Ahh,pergi mampus sama perasaan.Aku benci mengejar kalau kau bermain lari-lari.Penat.

Setahun aku membutakan hati memekakkan telinga tentang semua.Semua yang ada.Kau mana tahu,kau mana pandai,kau tak reti menjaga hati ni.Kau bahgia sedang aku bodoh derita.Sial.Hmm...sakit tahu!
Tapi aku cuma cewek tipikal yang hidup bermandi derita-derita semalam.Kau itu masih berbekas dihati ini disudut paling dalam.Paling dalam aku berani jamin.Kalau tak masakan aku masih kejar-kejar macam pengemis jalanan meminta-minta.Bodoh.Tapi ya,itulah aku.Setiap yang kau 'pernah' bilang sama aku,aku hadam satu persatu.Aku simpan kemas-kemas.Walau kau hadir sebentar cuma.Babi!

Ahhh,memang benar aku ini cewek tipikal ditinggal-tinggal.Sampai masa dibuang pergi dihampas mati.
Memikirkan soal hati nyata kau memang buta.Memikirkan soal cinta kau lagi bodoh.Aku ini mungkin cuma picisan cintamu kan?


Bodohla,menaip ini pun menangis.Ketar.Sakit.
Sejuta doa aku lantunkan untuk kau dan dia.Moga,bahagia selamanya.
Tentang aku?Peduli.Aku ini cuma picisan cintamu.Biarkan.

.....................................................................................................................................................................

Okay,ini belog aku yang baru.Setelah lama aku biar bersawang belog lama.Aku padam semuanya.Disitu banyak kenangan.Rasa bodoh juga simpan kenangan.Aku tak mau kenang.Aku benci genang.Jadi biar disini aku kisahkan yang baru.Mohon selamat.

p/s:aku akan copy semula puisi aku yg rabak dari belog lama.hehe

Sekian.