Sunday 31 March 2013

Tak saling renggang






Sudah pukul dua dua puluh pagi waktu tempatan Shah Alam
dan tubuhku masih terjelupuk sayu di kamar ini;sepi.
Barangkali hati aku beranjak paksi.
Sudah hampir hancur.
Sedikit hari mati.

Hmmmm...

Maaf malam. Hati aku sayu.
Jasad aku layu.
Bibir aku kelu.
Mimpi enggan menginjak aku.

Dan antara malam dan kenangan kita tak saling renggang.
Tak saling renggang.
Begitulah hatiku.

*************************************************************








Friday 29 March 2013

Konfesi




Usai bacaan Yassin. Aku kembali merenung foto terakhir milik bunda. Kemas senyumannya. Sebak.
Sepuluh tahun bunda. Sepuluh tahun kita terpisah jasad dan ruh. Hanya doa dan alunan Yassin mampu ku alun. Rindu. Aku rindu. Sayu. Aku sayu. Menopang segala yang ada.

Sejadah merah itu ku lipat susun simpan rapi-rapi. Duduk penuh takzim. Mengatur bicara basi.
Bunda aku rindu. Maaf untuk setiap rindu ini. Maaf aku bukan anak perempuan seperti yang kau idam mahukan. Maaf untuk itu. Aku hanya anak sebal kepala bebal. Maunya ikut kehendak sendiri.

Malam itu aku lirih semuanya sama alam. Mengadu sepenuh hati. Hanya dengan itu aku mampu bertenang. Biar di dalam kembali menjernih. Bukan berjelaga kenangan lama. Tiadalah niatku melepas kenangan, tiadalah juga niatku menzalimi sekujur tubuh untuk sebuah tangis. Tapi aku ini perempuan. Hati cukup lembut untuk sekadar menangis.

Maaf bunda. Aku belum cukup kuat untuk sebuah kehidupan yang kau pesan sebelum pemergianmu. Aku masih keliru apa ke kiri atau ke kanan. Masih. Manusia berlalu lalang dalam kehidupan aku, datang dan pergi. Disini aku terkulai layu bunda. Di atas hamparan sejadahmu itu aku merintih, mengadu sama Tuhan. Biar tenang semuanya.

Ahhh,bodohla. Menaip ini pun ketar tangan. Dada makin sebak. Sudahla.

Moga damai ruhmu disana. Amin.



Wednesday 27 March 2013

End of conversation.



1 new message received.

Salam.Sehat ke?Lame dop msej.Call dop angkat. Nak bagitahu abang bakal tunanngan orang. Doakan ye. :)

3 Missed call

***************************************************

1 missed call

***************************************************

3 Missed call

***************************************************

Message sent.

Tahniah. :)

1 new message received.

This is life. Awk masih muda. Banyak perkara yg awk harus belajar dan terima dalam hidup ni. Ini mungkin satu permulaan untuk awak. Abang bukan yg terbaik untuk awk,ade yg jauh lebih baik dri abang. 

Message sent.

Ya, belajar menerima janji yang kau khianat..janji untuk sebuah kehidupan!kan?apa yang aku dapat?sakit tahu dak?SAKIT!

1 new message received.

abang dah kata jgn tunggu..awk yg degil..tolong jgn macm ni..beri abang peluang untuk tenang dan awk pun terima hakikat yg abang bakal tunangan orang.please!

2 message sent.

Kau cakap mudah..kau janji dengan aku kau lunaskan dengan orang lain..hebat!Xpala, dah lama aku RELAkan kau dengan dia, walau kekadang sebak.Sebak didalam. Sakit. Selamat buat kalian. Selamat.

5 missed call.

***********************************************

*end of conversation*

Ketahuilah di setiap pertemuan telah aku redha untuk sebuah perpisahan. Tuhan sengaja menemukan kita dibatas waktu yang singkat itu untuk kita mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal. Hmmm...
Apa ni..semua ni..arghhh!




Sunday 24 March 2013

Tenang hadapi saja.





Kehadapan diri sendiri,

Kalau berkehendak akan sesuatu usaha sekeras mampu meski perlu beradu. HIdup ini memang sedemikian rupanya,beradu untuk yang kita mau sehinggalah kita temukan sesuatu.

Teruskan senyummu dan hadapi saja.


-IdaSyamila-











Wednesday 20 March 2013

Tidak Lagi



Ibu aku tidak lagi takut sendirian.
Meski di lorong-lorong sepi saat lengang jalanan.
Aku merasa jarimu berpaut di jariku.
Aku percaya ini.





Perempuan.Gadis.Sunti.Dara.
Dan lukisan jorok.











Saturday 16 March 2013

The poyoness interviewer and the typical kampung girl.



Kemarin aku interview. Pertama kali aku interview.
Macam-macam jangkaan dalam kepala otak aku.
Walhal interview untuk internship saja bukan mau bekerja pon.

Memandangkan ini kali pertama, aku anggap benda ni serius.
Aku cuba bertenang. Mencari pakaian yang sesuai.
Bukan takat memilih, tapi mainan warna baju dan corak itu jadi masalah.
Maklum, aku ini orangnya cerewet. Lagi-lagi soal penampilan.

Dua tiga helai baju kemeja aku keluarkan dari almari. Aku baru sedar betapa aku ini seorang
yang tidak formal. Seluar slack saja aku tidak ada?Mulai kalut.
Cuba mencapai dress.Member sindir ''Kau ingat kau nak pegi dinner ke ape,pkai dress cenggini?Ida ini interview session.Kau kena faham!''
Alahai. Terpaksa juga aku iron kain baju kurung aku tu.

Hmmm...lama aku perati diri di hadapan cermin. Lama benar. Sumpah tiada keyakinan diri.
Padahal kalau dalam kelas masa presentasi akulah orang paling konfiden.
Tapi kali ni perasaannya aneh. Berbaju kurung dan bertudung bawal kosong saja?
Sumpah tiada keyakinan.

Bertudung bawal kosong, berbaju kurung cotton.
(tipikal budak kampung)



Setibanya dihadapan office beliau.
Muka cengih, masuk dalam office.
Tiba-tiba terkena dejavu aku tak pasti.

''I think I knew u.Tapi dekat mana yer?''
''Ya, saya kenal awak dekat Jemari.'' Sambil senyum tipis dan kurang ikhlas.
''Okay then.''

Blablablabla..macam-macam disoal.
Aku ingat lagi dia kata,

 ''I amat mementiangkan penampilan.Kalau I ajak u keluar ikut I outstation means that u have to wear proper attire maksud I, u kena ikut cara I la. The way u dress, kene ikut permintaan I.I selalu outing ke KL je.''


Aku kenal benar interviewer ni, boleh aku katakan dia seorang yang loner dan sedikit 'poyo'.
Kenal masa aku tengah buat part time dua semester lepas.
Jadi, dia tanya aku hampir TIGA KALI.
''Belum dapat mana-mana company lagi ke?''
Pantas aku jawab, ''Kalau dah dapat takkan la saya datang jumpa Encik kan.''
Laju juga dia membalas ''Oh, tak dapat lagi. I akan tolong you. Hmmm..''
Aku serasa mau saja aku tenyeh-tenyeh muka dia.

Di akhir sesi interview tadi, sempat juga aku tanyakan dia,
''Oh,awak owner kat sini la?'' Sambil menyerahkan Resume. Memang tak sopan betul aku tadi.
''Ya, this is my own property and those are my workers.So anything I juz drop u contact.''
''Wait, awak orang Sabah ke?'' Sambil menjeling aku atas bawah.
Dalam hati aku, poyo betul mamat ni. ''Ya, orang Sabah.''
Dia membalas, ''Oh okay. So we'll contact u.''
Aku cuma balas ''ASAP!'' dengan senada dan sedikit tegas. Konon.

Terus aku keluar dan menjerit.
ARGHHHHH!!!!MAMAT POYO!


**TAMMAT**


dua tiga puluh pagi





seperti anjing jalanan
menggonggong tanpa waras
menjilat ghairah rakus





Wednesday 13 March 2013

Kita masih begini.



Rindu.

Sudah sebulan lebih aku kira, kita senyap. Maaf, aku tetap terus dengan hasratku sendiri. Aku sudah berjanji dengan diri sendiri. Aku tetap akan terus dengan keputusanku. Maaf.

Kita sudah kerap kali begini. Aku lebih senang berdiam. Kau selesa dengan rajukmu yang tak sudah. Aku berani katakan ini, aku seorang anak saudara yang bukan selalu menurut apa lagi bersetuju dengan bukan yang aku suka. Aku selalu dilabel anak rebel. Selalu. Tapi sedikit pun tidak pernah aku tinggikan suara, membentak apatah lagi. Tidak sama sekali. Aku cuma memberontak untuk hal-hal yang aku rasakan TIDAK untuk aku.

Aku rasa aku sudah dewasa untuk menentukan soal hidup dan masa depan aku disini. Aku tahu, berat hati bagi seorang ibu membenarkan anak perempuan sendirian di negeri orang. Jauh dari pandangan, macam-macam hal boleh terjadi. Aku tahu itu. Aku tahu, pada mulanya kau tidak bersetuju kalau-kalau aku sambung pelajaranku disini, kau mahu kalau aku terus tetap di Sabah. Tapi, aku tetap dengan niatku. Maaf, aku tahu hatimu terguris. Tindakanku itu, terpaksa kau terima. TERPAKSA. Tapi aku sudah nekad.

Disana sudah tidak ada apa-apa lagi buat aku. Apatah lagi untuk sebuah kehidupan. Aku mau ketenangan bukan bayang-bayang, bukan kenangan yang kerap singgah di anak mata. Aku benci semua yang ada disana. Segala apa yang pernah terukir baik yang indah juga yang buruk, aku benci. Aku benci bila tiap kali kenangan datang perlahan, aku seolah ketepikan Tuhan, aku menidakkan segala yang ditakdir untuk aku. Aku benci. Benci. Tahu!

Disini, aku akan wujudkan kehidupan usai tamat pelajaranku beberapa bulan lagi. Aku tahu risikonya. Aku tahu cobaannya. Tapi mohon Tuhan, teguhkan iman. Satu aku minta dari kau, kau hanya perlu doakan aku disini. Cukup setangkup doa. Aku tidak perlu apa-apa dari kau. Doa dan restu itu yang aku mau, biar jalanku lurus biar semuanya berpaksi. Cuma itu yang aku mau.

Tapi sudah hampir sebulan lebih kita berdiam. Aku saban hari runsing memikirkan semuanya. Salah aku atau kau yang tidak mengerti? Entahla. Sudah juga aku pujuk, sudah juga aku usaha keras menawan hatimu semula. Tapi gagal. Tetap sama. Biarlah aku mencari yang tiada disini daripada aku terus tinggal dalam kenangan disana. Aku berani begini kerna aku yakin, Ibu tidak pernah membantah untuk setiap permintaan satu-satunya anak perempuannya ini dan kau harus juga terima apa pun yang aku putuskan.

Aku selesa begini, walau kekadang tiada bahu untuk sebuah tangis. Hmmm...
Mohon, kau sihat-sihat saja disana. Mohon kau sentiasa dalam lindungan Allah. Amin.


Entah!



Ramai juga yang datang bertanya isu kedatangan tentera Sultan Sulu (kononnya) tu, masing-masing tanya. Sampai supervisor aku juga bertanya. Katanya, mau aku ceritakan serba serbinya eh bukan, kronologi mengapa, kenapa, bagaimana, bila dan siap? Amboi.


Jawapan aku mudah.

''Maaf, aku sendiri orang Sulu. Aku sendiri masih perlu pencerahan untuk cerita-cerita lama dan isu-isu berbangkit ni. Maaf ya. Aku pon ndak berani cakap apa.''


Jawapan mereka.

''Kau ni name je orang Sabah. Langsung tak ambik tau hal-hal di Sabah. Apela!''

''Kau orang Sulu?Hahaha, kelakar sial kau ni.''

''I expect u knew it, that's why I asked u..then what happen to ur family?are they okay?''


***TAMAT***


............................................................................................................


Tadi aku ke HEP dengan tujuan minta penjelasan dari pihak dia orang saja, sebab terlampau banyak hebahan dari mulut ke mulut  secara langsung dan tak langsung. Sebelum aku datang ke HEP, aku rujuk MPP kalau-kalau dia orang sudah suarakan hal ni atau belum. Sebelum ni ada juga aku ke HEP bertanya hal yang sama. Aku takkan datang berkali-kali menyoal soalan yang sama, malu sendiri pun ada. Tapi, aku jenis malas dengar cakap-cakap orang.

Dengan penuh semangat dan iltizam aku jejaki juga pejabat HEP tadi dengan harapan dia orang akan menjelaskan kenapa, mengapa dan bila. Aku kendian masuk dan terus duduk di kaunter pertanyaan.

''Maaf, saya mau tanya soal ptptn. Saya dah jemu dengar cakap-cakap orang soal sekian...sekian...sekian..''

Abang yang bertugas disitu menjawab dengan penuh hemah dan kacak.

''Oh, soal itu. Adik boleh cek malam ini. Tapi sebentar ya,...''

Aku pun menunggu dengan penuh sabar dan santun.

''Kenapa?Nak tanya pt la tu..''

Muncul daripada mana aku sendiri tak pasti. Dengan mimik muka yang agak sinis.
Muda lagi orangnya, lingkungan 40an barangkali.

"Haah, saya dah jemu dengar cakap-cakap orang, jadi saya nak kepastian saja, bila tarikh sbenar sebab minggu lepas saya tanya katanya minggu ni dah boleh dapat. Tapi masih sama jugak. Jadi macam mana tu?''

Seraya beliau membalas.

''Kenapa, dah takde duit makan ke?'' Ayat beliau ni aku tak tahu mau kategorikan sebagai ayat tanya yang macam mana. Dalam hati aku, sudah mencarut sejuta makian.

Aku dah berapi masa tu, aku cuba mengawal emosi. Aku diam. Aku rasa kalau aku menjawab tadi, agaknya sudah kena tahan kad matrik aku sampai akhir sem. GILA!

Tanpa segan dan silu, tanpa ucap terima kasih, aku cuma mampu balas ''Huhhhhh!''
Berlalu tanpa sepatah ucap apa pun. Peduli. Walhal, aku datang cuma minta kepastian saja. Itu ja. Tapi itu yang aku dapat. Entahla.

Tak apa, aku cuma anggap beliau sedang emosi maklum dateline menopause makin dekat. Hmmm...
So i guess, at the end of the story people are too good to be true.


***TAMAT****

.........................................................................................................









Monday 11 March 2013

Sunti







Romantis,sunti dalam pelukan.Erat.
Saat jasad bertemu jasad dihamparan langit nan kelam.
Membiar tubuh berbicara asmara.
Sunti lalu tertewas ...