Thursday, 4 April 2013

Aduhai Sepatuku;lecet



Aduh! Sakit. Kaki aku melecet. Angkara menyarung sepatu yang bukan tepat pada saiz kaki. Silap aku atau promoter itu yang cuai. Entahla. Tapi sakitnya bukan kepalang. Dua dua kaki aku melecet. Meraung kesakitan pun tiada guna, sakitnya kau sendiri yang telan. Hmmm...

Setiap orang mungkin melalui peristiwa yang sama tapi belum tentu rasanya sama. Orang putih cakap ''put yourself in someone's shoes'' ya, macam pengalaman aku. Menyarung sepatu yang bukan pada saiznya. Jadi kau akan rasa sakit. Sama halnya kalau kau menyarung kasut orang lain. Errr?

Menurut aku, kalau kau menyarung kasut yang sama sekalipun berbeda saiznya, sakitnya kau tetap rasa bukan? Tapi bedanya kesakitan itu sendiri. Kau mungkin akan rasa melecet pada jari kaki yang lain, melecet pada tumit kaki dan ya mungkin juga jarinya tak ada yang sakit. Kan? Itu kalau menurut aku.

Jadi begini kita mudahkan saja. Sepatu yang sama, kaki yang beza dan ya pengalaman setiap yang menyarung sepatu itu. Hmmm, jadi wujudlah penerimaan yang berbeza. Disitu kita tidak sependapat.
Jadi, jangan mudah bilang ''Aku faham benar apa yang kau rasakan.'' pada aku itu semua tipu. Kau cuma merasakan pengalamannya saja.

Barangkali.







No comments:

Post a Comment