Wednesday 29 May 2013

bunga nan layu


Biarlah untuk kali ini
aku mudahkan segala kerumitan yang ada;
bahwa sesungguhnya kau sudah
melupakan aku dengan sempurna dan tanpa cela.

Dan untuk kali terakhirnya
tak akan aku bicarakan lagi tentangnya
kerana selagi bisa aku kenang setiapnya
ia tidakkan wujud seperti mekarnya saat pertama.

Dan pada senja yang muram
kekinian ini kau bukan lagi lelaki-ku
kerana cinta dan janji telah lama karam
di lautan hatimu.

Demikianlah
aku hanyalah sekuntum bunga nan layu
terbaring di tanah.



p/s : pada senja yang muram bersama awan menghitam aku oleskan kata-kata yang mencabar cinta dan janji.Hmmm..



No comments:

Post a Comment