Monday 6 May 2013
KACIWA di #PRU13
Aku menyatakan rasa kekecewaan aku disini. Bersempena PRU13 ini meski aku tidak mengundi tapi aku tetap merasa kecewa. Kecewa dengan bangsa sendiri terutama rakyat di Sabah dan Sarawak. Sebagaimana yang kita semua harapakan akan ada perubahan untuk penduduk Borneo tapi majoriti masyarakat masih memberi kepercayaan dan menggangkat BN sebagai parti pimpinan mereka. Buktinya hampir kesemua kerusi di Sabah dimenangi BN, PR hanya kalah tipis. Sarawak pula majoriti yang menang kawasan pedalaman dan ketua menteri dia sendiri menyatakan bahawa ''masyarakat pedalaman Sarawak masih taat..'' .Barangkali PR yang menang di kawasan bandar masyarakat mereka yang sudah celik dan mulai sedar kalau mereka tidak harus duduk diam melihat hasil tanah mereka dirampas membabi buta dan merelakan hak mereka diperkotak katikkan.
Bukanlah bermaksud kita menolak BN kita mengangkat PR tapi apa yang kita perlu sebenarnya sistem kepimpinan yang adil. Kita juga mahukan sistem yang bersih, bukannya membudayakan kroni,rasuah,fitnah semata-mata. 55 tahun pemerintahan tapi apa yang kita dapat?Fitnah berleluasa, media contoh paling ampuh. Kita sudah disajikan saban tahun dengan media yang sangat denial dan tidak telus yang dimanipulasi oleh kerajaan. Apa yang rakyat mahu media seharusnya menyiarkan fakta kepada kita bukan those stupid news and bustard player pretending all over the years. Hey come on! Aku juga muak! Bukanlah kita minta sebuah kerajaan yang PERFECT tapi kita cuma mahu pimpinan yang bersih, adil dan telus yang boleh kita jadikan ikutan dan pembawakan generasi akan datang.
Kekalahan PR di Sabah dan Sarawak bukanlah pematah semangat kita. Kita jadikan pengajaran. Aku yakin anak muda mahukan perubahan di Sabah terutamanya, tapi kubu BN terlalu kuat untuk suara kecil sperti kita. Barangkali kita masih belum cukup tenaga untuk menentang habis-habisan, dan aku yakin seandainya kita terus berteguh pasak menjunjung kebenaran perubahan akan berlaku. Perjuangan belum berakhir makanya tenaga-tenaga muda ini harus bersatu. Mentaliti kita jangan masih dikotak yang sama. Tak mengapa kita bersabar untuk tempoh lima tahun ini, jika pimpinan kali ini masih membudayakan sitem pimpinan keji dan kotor kita BERKUASA!Rakyat adalah tuan!
Namun aku tetap bersedih. Perampok-perampok itu juga jadi pilihan. Sudah tiada kata yang mampu aku luah taipkan selain rasa kekecewaan ini. Tak mengapalah. Kita mohon yang baik-baik saja sama Tuhan, moga mereka teraju pimpin Negara ini dengan sebaik dan seadilnya. Amin.
p/s : ayat tunggang langgang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment