Thursday 27 June 2013

Lorong Hati



Dedaun kering semakin terlihat. Dibawa sapu angin berlalu.

Aku maseh menanti berseorang seorang pujaan.
Bersama deru ombak mengirim lamaran keresahan.

Kurenungi langit membiru membentang hamparan cerah. Merenung jauh kaseh tak berarah.

Kucemuh pula sapaan angin yang membawa pesan kesepian.
Kesepian dan kesendirian yang terkesan jauh;dalam.

Lantas
Senja memaksaku berjalan seiring kalimat.
Kerana figurmu utuh kuat tersemat.
Tuhan.Papah pimpin aku menuju ke hati itu.
Izin aku meraba kembali setiap lorongan 
walau dalam kelam suasana jalanan.





-Petaling Jaya-




No comments:

Post a Comment