Sunday 20 October 2013

Selamat Hari Tambah Usia Ida!


Selamat hari tambah usia Ida.
Selamat menjadi orang dewasa.
Selamat juga menjadi perempuan yang tabah menerima takdir takdir Tuhan dihadapan.


...


Hari ini hari kelahiran aku yang ke 23. Alhamdulillah. Tuhan maseh sudi pinjamkan nyawa dan jasad ini.
Terima kaseh Ya Tuhan. Alhamdulillah untuk adik beradik aku yang sentiasa menyokong setiap apa yang aku perjuangkan. Syukur Tuhan kirimkan kepercayaan buat mereka untuk satu satunya adik dan kakak perempuan mereka. Alhamdulillah. Aku maseh punya teman yang juga sama perjuangan. Maseh berterus menjadi teman.

Dan untuk yang aku selalu cinta sayang dalam senyap senyap walaupun kau tahu sebenarnya.
Tak banyak yang aku mau ulaskan.
Cukup kau sekadar ingat.


...

Momen momen celaka!

Dulu.Sewaktu hari lahir aku, arwah ibu tak pernah lupa untuk menyambut hari kelaharan aku. Ada saja acara acara yang dia lakukan. Samada kecil-kecilan atau besar-besaran. Dia tidak pernah lupa. Minimal makan makan enak di rumah, jika dia punya duit yang lebih dia merayakan hari lahir aku di luar yang ya mungkin spesial baginya. Tapi aku tak pernah meminta sebarang pemberian dari dia. Tidak sama sekali.Aku tahu bebanan dia sebagai Ibu tunggal ketika kami adik beradik dirundum masalah akibat rampasan harta. Dan sampai sekarang aku sukar utk menerima semuanya. Tapi ibu pesan ''Tuhan pasti balas.Doa jangan lepas.''

Hmmm..oh ya, terakhir dia bikin kek spesial buatan dia sewaktu aku sudah mencecah akhil baligh. Jujur aku katakan ibu memang pintar mwmasak masakan western, kuih muih, kek dan macam macam. Apa saja dia bisa selagi boleh menampung hidup kami ketika itu. Maklum seorang ibu tunggal hidup baru kematian suami dengan lekas jemari rakus merenggut segala yang ada. Namun dia tetap berusaha buat anak-anaknya bahagia seperti anak-anak lain.Itulah kali terakhir. Kek Lapis hari lahir aku. Sumpah itulah kek yang paling sedap pada anak tekak. Dan aku akui makanlah kek semahal mana pun tidak pernah aku habiskan seperti aku menghabiskan kek lapis terakhir ibu 10 tahun yang lepas. Entah.

Malam ini tiada lain dalam ingatanku. Ibu dan peristiwa paling jelik dalam hidup aku.


...


Selepas pemergian ayah kemudian rampasan harta diusir keluar rumah sendiri berpindah ke kampung ibu sakit lalu meninggal. FUCK! Serius,aku sampai sekarang tak boleh terima. Jujur aku katakan disini.
Tapi Tuhan.Apalah daya aku dan kami. Suara kami langsung tidak kedengaran.

Ah cukuplah.

Semoga jalanku baik baik saja di hadapan.
Inshaa Allah.
Amin Ya Rabb.


20102013
Shah Alam


No comments:

Post a Comment