Wednesday 4 December 2013

Bunga Nan Layu #2


Dia layaknya seperti kembangan bunga yang belum masanya terpetik
Dia sudah layu berguguran pada hamparan hamparan kedukaan
Tanpa perlu dia diberi alasan kejarakan hubungan
Dia kini layaknya seperti daun daun kebasahan yang
kelihatan tidak istimewa lagi pada musim tengkujuh.


Mendung kini membawa kepulan awan hitam kepiluan
Menjadikan malam sunyi tanpa cahaya bintang yang gemerlapan
Dan hujan kini selalunya turun tanpa kejujuran
Ribut petir guruh seperti berkabungan di awangan
Apakah kerana musim tiada menahu aturan?


04Disember2013
Puchong

p/s : musim tengkujuh yang mengundang kenangan 

No comments:

Post a Comment