Thursday 16 May 2013

Beginilah hidup tetamu datang tetamu pergi.


Tadi aku apdet tuiter.

''Beginilah hidup.Tetamu datang tetamu pergi. :') ''

Rumet aku dah packed barang-barang beliau. Dan aku terjerit sana sini. Aku malas melayan perasaan sedih  dan sebak aku yang makin tak tertahan rasa. Aku perhati jauh dari luar kamar kami. Ahh,sumpah ini perasaan celaka aku cakap. Dalam hidup, aku paling tak suka perpisahan. Aku benci. Tapi itu yg aku selalu dapat.

Barangkali Tuhan sengaja.Barangkali.
Supaya aku belajar bahwa hidup ini kita hanya boleh bergantungan dengan Dia. Dia. Hmm...

Masing-masing bakal membawa haluan hidup bersama nasib yang tak ketahuan. Dan aku? Masih disini mengharap yang belum pasti. Mahu macam mana, mau tidak mau aku tiada pilihan. Tapi sebenarnya aku ada pilihan. Cuma aku yang memilih untuk hidup sesukar ini.

Ahh,sebenarnya sebak.

Ketak..ketak..ketak..bunyi keyboard ni.
Tsk..tsk..tsk..sebak.




No comments:

Post a Comment