Wednesday 2 October 2013

Aku mahu bersetuju;Malam



Malam

Aku lintasi lagi cahya cahya bergenangan kenangan
Aku renungi kembali kisah kisah yang terakamkan
Aku hidupkan lagi malam malam keresahan

Malam

Aku mahu bersetuju dengan Tuhan
Aku mahu bersetuju bahwa aku harus menerima segala macam tentangan
Dihadapanku satu kanvas kehidupan yang terlalu kosong polos

Aku ingin melukiskan semua yang indah indah
Namun  jemariku gagal menari bersama warna warna ceria
Dia sudah tidak mampu untuk menari lukis warna warna
Apa lagi menconteng conteng setiapnya

Sudah terlalu sarat ia dengan penderitaan kekosongan jiwa
Mana mungkin ia mampu melukis conteng bersama warna warna
Andai aku bisa aku mahu bersetuju dengan semuanya
Maka ajarkan aku bagaimana memulai conteng warna warna
Ajarkan aku.

Malam.

Shah Alam


No comments:

Post a Comment