Wednesday 2 October 2013

Confession



Alhamdulillah. Seminggu selepas aku tamat praktikum aku sudah mendapat pekerjaan. Syukur. Baru kemarin aku dipanggil untuk sesi interview untuk jawatan Human Resource Executive nah tadi juga aku mendapat panggilan yang aku berjaya. Berjaya mendapat pekerjaan. Berjaya sesi seleksi. Alhamdulillah.

Selepas mendapat khabar gembira ini aku mulai kepikiran sendirian. Aku duduk di beranda rumah. Memerhati langit yang berwajah muram.Kusam.Hatiku mulai membentak keresahan,kepiluan.Kepada siapa akan aku khabarkan berita gembira ini?Seharusnya ya kepada kedua orang tua aku.Tapi,ya.Hmmm...Aku terus merenungi awan yang kelihatan semakin menggelap.

Perkara seperti ini sudah terlalu biasa aku hadapi.Semenjak aku kecil lagi.Semenjak aku masih di bangku sekolah setiap kali mendapat keputusan yang bagus aku akan mencari ruang untuk diri sendiri.Lari dari semua.Kepiluan hati yang ya siapa yang bisa tahan.Aku kerap mendapat keputusan yang bagus dari sekolah rendah dan menengah.Seharusnya orang tua aku bangga melihat pencapaian satu satu nya anak perempuannya ini.

Tapi....ya. Aku tidak mengharapkan siapa siapa untuk aku kongsikan perasaan ini.Mungkin kerana sudah terlalu biasa.Tapi tetap di hati kecil aku menangis.Aku mau mereka tahu.Aku mau mereka ada.Cukup itu.
Tapi yaa....

Dan ya sampai bila bila mereka tetap tidak disisi.Dan seharusnya perkara ini aku bisa atasi sejak dari pemergian mereka.Tapi aku gagal menerima takdir Tuhan.GAGAL!

Tapi tetap juga aku didik jiwa aku bahawa tidak ada yang kekal di dunia ini.Tidak ada.


No comments:

Post a Comment