Saturday, 23 February 2013

Nota Si Insomnia


Masih belum boleh tidur.
Angin seperti mendekap erat tubuh sayur ini.
Meminta cemas membalut tubuh.
Aku cuba berdamai sama jasad sendiri.
Tenang.

Kedengaran di luar hanya bunyi ekzos kereta 
dan bingit motor lumba si rempit.
Sesekali diselang-seli kan gonggongan anjing.
Entah dari ceruk mana nyalakkan itu.
Peduli.

Aku cuba alih pandang,dihadapan apartment ini
(balkoni rumah dari level empat sederhana tinggi)
kelihatan rumah-rumah besar. 
Cukup mewah.
Dihadapan tersusun kereta sport elit. 
Kolam renang. 
Susun atur lanskap.
Cahaya samar-samar disetiapnya.
Indah,memukau setiap anak mata.
Tapi sayang tidak berpenghuni.
Sekadar rumah singgah mungkin.

Aku dongak ke langit.
Bulan kelam.
Bintang mulai muram.
Kanvas malam juga mulai pucat.
Seperti si dewi hilang mesra arjuna.
Seperti arjuna hilang hangat untuk si dewi.

2:43am
Jiwa aku masih berseteru sama celaka.
Menanti detik noktah rasa.
Dan sekarang...menunggu diinjak terik mentari pagi.

Setelah ini,beradu nasib di alam mimpi.
Selamat.





No comments:

Post a Comment