Saturday, 18 May 2013

Masa aku berkenan ke dia dulu,aku...



''Harap kau sudi mendengar deruan hujan jiwaku...''

Aku nampak kelibat AG dalam muzik video ni.
Teingat pulak masa pertama kali aku berkenan main gitar.
Masa tu muda lagi.
Aku nampak abang aku main. Nampak macam cool.
Aku jeling pandang gitar abang aku.
Aku cuba main. Sumbang.
Aku cuba. Cuba. Cuba. SUMBANG!

''Kau perempuan jangan ada hati mau main gitar!''
Ayat sentap dari seorang abang yang ignorant.
Aku tabahkan hati.
Kendian adik lelaki aku main.
''Ajar aku main gitar.''
''Kau pegila tolong buat kerja di dapur sana.Jangan sibuk sini.''
Ayat puaka dari seorang adik lelaki.

Okay tak apa.
Tunggu semua senyap.
Aku curi ambil gitar adik lelaki aku.
Masuk bilik.
Buka you tube.
Belajar strumming slowly *bajet Yuna*

''Ida!!!Kau jangan mengada-ngada main gitar tengah malam.Aku putuskan jugak tali gitar tu nanti!''
Suara merdu dari seorang makcik garang bermata besar.
Okay tak apa.
Aku cuba lain hari.

Itu ja.
Tapi ada satu hari,abang aku mula terbuka.
Dia ajar sedikit demi sedkit.
Lepas tu aku usaha sendiri.
Buka you tube dan petik dan petik.
Kaku gila jemari. 
Sampai sekarang.Hmmm...

Itu ja.

Lagu paling aku gemar.
Hmmm,bukan takat lirik, tapi music arrangement.
Ada AG Coco. Ahh,kacak la dia tu.
 Itu ja.

No comments:

Post a Comment